Tuesday, 27 April 2010

Meow

Dah tua-tua ni pulak aku mula memelihara kucing.
Kucing ntah sapa2 suka sangat datang merayau kat rumah aku
agaknya sebab selalu dapat makan lebih-lebih maka kucing nan seekor ni dah jadi permanent resident kat rumah ini sehingga lah...
dua minggu lepas dia melahirkan 3 ekor anak kucing ...
kucing ini agak pandai sebab ... dia dah boleh buang air besar dalam bilik air ...pandai bagitau isyarat kat kami kalau dia nak keluar rumah...
dia ni memilih makanan... ada menu berbeza tiap-tiap hari.
ada hari-hari tertentu dia suka makan ikan rebus, ada ketikanya nak makan ikan rebus goreng saje, dan ada ketikanya pulak nak makan ayam goreng...
kucing oh kucing terlayan kah aku dengan kerenah mu + 3 lagi

..........

5 - 7 Mei 2010 - ke Universiti Malaysia Perlis

18 - 20 Mei 2010 - ke Universiti Malaysia Perlis (kali kedua)

24 - 26 Mei 2010 - ke KDU, Penang

Ahhhhh!!!! Bosan semua ni....

Thursday, 8 April 2010


fikir... tapi jangan khuatir.....



'Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib'

(Surah Fussilat : 34)

Terokai Alam Baru ... Telaga Biru


Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat,
membawa ke jalan baru yang lebih luas...

Sunday, 28 March 2010

Daripada www.zaharuddin.net...
Dengan bersedekah ....
Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harta si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.

Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang.

Tuesday, 9 March 2010

Telah Berjumpa

Akhirnya berjumpa juga dengan Raziha Abdul Wahab. Setelah google dan menelefon sekolah, akhirnya aku mendapat alamat dia. Alhamdulillah....