Friday, 12 August 2011

Hidup ini Indah...


Dalam beberapa bulan ni banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku. Alhamdulillah! Pahit, manis, masin, masam, kelat etc ... tp semuanya menarik dan indah! Rencah dalam kehidupan. Aku marah, merajuk, ketawa, senyum, nangis, jerit... semua ada... dan semuanya seronok untuk dikenang!

Hari raya dah tak lama lagi... dan banyak benda nak dibuat... bila nak dok diam ni? huh! mana boleh dok diam... pompuan mcm ni la... ada saje benda yg dia nak buat... banyak sgt benda yang nak dipikirnya!

Enjoy your Life!

Semasa di KK beberapa bulan yang lalu...




Ketenangan...



Jom balik kampung ... raya!




Fav majalah... dari dulu hingga kini dan selamanya...

Friday, 15 July 2011

This is life...

Kita tidak boleh patah semangat walau kesedihan tiba-tiba bertandang di dalam hidup kita.. hidup mati adalah ketentuan Ilahi...Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap manusia.

Aku teruskan hidup dan akan sentiasa berbakti kepada yang memerlukan... Penat, lelah dan letih tetap akan berlaku... tetapi semangat dan usaha perlu diteruskan. Hidup kita, kita yang tentukan sendiri... Allah jua tempat bersandar... Keampunan Allah jua yang diikhsankan. Aku mohon kuat untuk meneruskan apa yang aku percaya...Berikan kesabaran yang tinggi untuk menempuhinya... kalau aku percaya... maka aku boleh lakukannya!

Notes: Ayah.... akan terampunkah dosa seorang anak ini... Jasad yang tiada ..7 Julai 2011 ... ingatan tetap segar ... doa akan sentiasa mengiringimu....

Hitam, 2 Kenits, the rest bulus - Rest in peace... makam berselerakan di halaman....

Aku bahagia dengan pilihanku....! Dan kau tetap disisi malah di hadapanku menarik ku ke atas puncak jaya! Usaha perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan!