Ini la rumah kucen I. Rumah ni bersebelahan je dgn rumah kucen II. Di tengah2nya ada pokok rambutan.
Tuesday, 6 March 2012
Rumah Kucen I
Ini la rumah kucen I. Rumah ni bersebelahan je dgn rumah kucen II. Di tengah2nya ada pokok rambutan.
Rumah Kucen Baru
Ini lah rumah kucen II. Modified daripada wakaf...Rumah kucen I masih ada seperti biasa. Rumah kucen I untuk kucens besar (5 ekor), rumah kucen II untuk kucens kecik (7 ekor). Yg tak suka dok dalam rumah kucens dan dibiarkan berkeliaran ada 3 ekor (cleo, celoreng dan ibu tumpang). Yg dok dalam 2 cages besar ada 2 ekor (BB dan ekor panjang). So semua total ada 17 ekors. Rumah ni siap hari Jumaat, hari Ahad dah ada pelawat couple cina dengan cucunya datang tengok2 rumah kucens. Diorg kata best la dok rumah corner lot, orang tak boleh kacau, boleh pelihara banyak kucens. Kat rumah dia susah sebab jiran2 tak suka kucens dan diorg suka report kat polis. Couple ni siap cakap, 'u jaga kucens ni nanti bila u dah tua, kucens ini akan doakan u'. Couple ni tahu pasal rumah ku + kucens bila anaknya yg selalu menggunakan jalan rumahku selalu melihat rumahku yg ada rumah kucens + banyak kucens. (Ish betul ke ayat ini?)
Semalam pulak ada dramatis + suami + anak yg dok area rumah ni meninjau2 rumah kucens ku. Lepas tu pulak ada seorang ibu dengan anak2nya melihat-lihat rumah kucens ku dan menunjukkan kpd anak2nya betapa byknya kucens di rumahku. Wah rumah kucens + kucensku dah ada ramai peminat. Tapi rumah kucen II ni kena modified lagi sebab kalau hujan lebat, takut kena tempias. Duduk elok2 ye semua kucens ku!
Monday, 5 March 2012
Rumah Kucing II
Rumah kucing II dah siap pada hari Jumaat lepas! Yeay!! Dapat la kucen2ku ruang yang lebih luas untuk berkejaran... hehehe... Nanti ada masa nak upload gambar weh! Ok jugak me and my husband buat kerja keras tangan ni ye... Tp mine of course la tak brapa cantik sangat!(or langsung tak cantik?) org yg jenis tak sabar buat kerja macam tu ler...
Tuesday, 28 February 2012
Hari Keluarga PPAS Jan 2012
Sabtu dan Ahad


Sabtu dan Ahad
Siapkan rumah kucens kedua - tapi tak siap2 jugak disebabkan kekangan masa dan tenaga. Susah jugak ye nak buat rumah + bertukang ni. Almaklum ler kita tak pandai sangat. Habis luka-luka dan pecah jari jemariku... Rumah kucens yang kedua ini asalnya daripada wakaf besar 8x8 yang jarang kami duduk tu. Untuk bg keselesaan kepada the kucens, maka kami ubahsuai wakaf tu jd rumah mereka dengan disambung 4x4 lagi ke belakang. Jadi lebih besar ler sikit. The kucens yg besar2 boleh la dok rumah wakaf ni, yg kecik2 pulak kekal la dok dalam rumah dulu. Senang nanti nak uruskan mereka. Tak payah lepaskan mereka kecuali hari cuti atau ada sebelah petang...
Ke D'Reebu - cari pondok comel untuk menggantikan pondok besar... Semua pondok2 kat situ lawa-lawa belaka. Duit aje yg tak lawa... so pilih pondok comel sesuai dengan duit yang comel je... 2 minggu lagi sampai la pondok comel tu kat rumahku... suka... suka!
Nak kawasan rumah mcm kat atas buleh tak?
Thursday, 9 February 2012
Tanak Kampung
Lirik Lagu Tanak Kampung (Versi Melayu) -Jimmy Palikat
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya
Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna
(ulang Chorus)
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya
Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna
(ulang Chorus)
Back to Basic...



Dah tua-tua ni, aku sudah kurangkan banyak keinginan. Sekarang keinginanku menjadi seminimum yang mungkin. Yang biasa-biasa sahaja. Nak hidup macam zaman batu atau zaman nomad dulu. Yang penting kami sihat dan kuat untuk melaksanakan tangggungjawab... Back to Basic!
Kehijauan... kedamaian... ketenangan...keindahan...itu lah yang dicari...
Subscribe to:
Posts (Atom)