Tuesday, 25 March 2014
Cinta Itu Di Hati...
Cinta tidak memerlukan sebab untuk terus menyintai dari awal hingga selamanya...
Thursday, 20 March 2014
Tuesday, 9 July 2013
Sekarang dalam proses membina rumah kucing yang baru. Dua rumah kucing yang sedia ada masih tidak mencukupi untuk menampung bilangan kucing yang telah asyik bertambah. Ada lagi yang masih berada di dalam rumah. Harapnya rumah kucing yang baru ni dapat mengurangkan jumlah kucing dalam rumahku.... biar semua duduk di rumah masing-masing.
Tiap kali nak mengadap hari raya, isu yang paling utama adalah kat mana nak boarding bebudak yang berpuluh-puluh ni. Tahun lepas end up dengan tidak balik kampung.. Tahun ini kena balik kampung jugak. So dah plan dengan pet shop Tmn Len Sen untuk pinjamkan staf diorg berbangsa Myanmar untuk menjaga kucing-kucingku di rumahku. Budak Myanmar ini akan datang 2 kali sehari untuk memberi makan dan membersihkan kandang dan rumah kucing. Plan nak bagi upah sebanyak RM 150.00 - RM 200.00 sehari. Mungkin perlu untuk 4-5 hari kot. Budak-budak ni sangat tak suka apabila kena boarding di Klinik Vet. Bila ambik diorg, muka mcm stress je. Diorg lebih suka dok kat rumah. Agaknya diorg pun macam manusia jugak, mana suka dok asrama ni.
Inilah duniaku hanya rumah, opis dan rumah kucing.
Selamat Menyambut Ramadhan... moga dapat memperbanyakkan amalan...

Monday, 10 December 2012
Kerja...
Oh ya, aku dah bertukar jabatan. tempat baru ni lebih relax sikit. Dah tak perlu outstation. Dok aje kat opis. Sangat menyenangkan! Kadang-kadang rasa teringin nak jadi Librarian dan bekerja di PPPAS. Boleh berada dekat dengan husband 24 jam. HAHAHA tentu membosankan buat husband. Agaknya suatu hari nanti kalau ad banyak duit, aku boleh bukak kedai buku dan jadi Librarian sendiri. Cat's Lovers Gallery! Di atas 2 ekar tanah yang ada ladang dan rumah kucing. Wah berangannya! Tengok lah nanti!
Meminjam
Bukan tidak mahu memberi pinjaman kepada tuan puan tetapi kewangan saya yang tidak sebarapa ini saya peruntukkan untuk anak anak kucing saya dan kucing terbiar. Mereka lebih memerlukan dari tuan puan. Tuan masih punya kudrat dan akal untuk mencari wang. Apa pun saya doakan tuan puan berhasil dalam pencarian.
Notes : Dulu masa saya tak punya kucing, boleh la saya bagi tuan puan hutang. Sekarang saya sendiri berjimat cermat. Yang sedikit itu lah yang istimewa.... lebih dihargai. Seekor ikan kecil untuk anak kucingku....

...
Lama kelamaan hati kita akan rasa bahawa kekayaan tidak bisa membahagiakan atau menyenangkan hati kita. Kekayaan yang dibahagikan kepada mereka yang lebih memerlukan akan memberi kepuasaan kepada kita. Hidup lah bersederhana. Biar mereka memandang serong, tetapi hakikatnya hati kita puas dapat melakukan kebaikan atas muka bumi ini sebelum jasad meninggalkan alam dunia ini.
Setelah sekian lama...
Banyak cerita... banyak peristiwa... kemalasan melanda... mood yang kureng etc... makanya diam lah seribu bahasa...
Subscribe to:
Posts (Atom)