Thursday, 11 September 2014

Bandingkan

Bandingkan pula dengan rumah miskin

Jadinya, syukur lah dengan rumah yang ada. Ada juga rumahnya tegak berdiri berbanding dengan orang yang kadang-kadang tidak punya rumah pun.

Rumah Kecik

Satu lagi rumah comel.


Rumah Kabin

Sekarang ni suka pulak dengan rumah kabin yang comel je













Sebab berdua je kan, jadi sangat comel la rumah kabin nih. Cumanya di Malaysia ni kan cuacanya panas je, macam tak sesuai lah pulak dengan bentuk rumah kabin.

Hachiko






Aku suka dengan filem lama ni. Pernah ada kucing bernama Kerong yang seperti Hachiko. Begitu la kehidupan, setiap yang hidup pasti akan mati... patah tumbuh hilang berganti.

Dunia utamaku hanyalah opis, suami, rumah, kucing dan rumah kucing. Yang lain-lain tu hanya sekali sekala.

Rupanya ramai yang kehidupannya hanya begitu... rutin yang sama.. laluinya juga dengan senyum... kerana kita seronok dengan semua itu. Agaknya bila kita sudah mencapai umur 40 tahun, tiada lagi kita terkejar-kejar dengan impian tak pasti. Kita mula ingin membuat apa yang kita suka buat selama ini. Lebih pedas berkata-kata kerana sudah banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi. Sudah banyak asam garamnya. Sudah ada semua yang kita rasa perlu. Tak mahu cari-cari benda yang tidak perlu.

Suka dengan kehidupan sendiri!

Kecil Hati

Aku memang setahun dua ini kecil hati dengan kawan-kawan UiTM. Sementelah bila aku dikhabarkan apa yang mereka umpatkan pasal aku di belakang aku. Sebab itu aku mengambil sikap berdiam diri saja. Apa lagi yang mengata aku tu sebenarnya di kalangan kawan-kawan yang dikatakan agak rapat dengan aku. Tapi tak apa lah, lupakan saja. Itu belum lagi dikira aku terasa sesuatu yang hambar bila berbual dengan mereka. Bagai ada sesuatu yang tak kena...

Kalau nak kira aku kecil hati dengan orang lain, orang lain pun boleh kecil hati dengan aku juga. Jadi sama- sama saja lah. Sebab itu aku kata lupakan saja. Aku pun buat silap juga. Agaknya lagi silap daripada mereka.

'Mr. Google'

Gemuk

Setiap kali berjumpa seseorang yang dah agak lama aku tak jumpa, mesti diorang akan kata 'akak dah makin gemuk ye... tak apa la orang senang hati tentu la gemuk'... aku senyum je. Memang aku dah gemuk sekarang ni, badan dan muka makin dipam-pam. Tak tahu silap di mana. Sudah tentu la sebab makan banyak. Selera tengah nak ada ye, makan je lah.

Bulan ini dan bulan seterusnya akan cuba untuk berkata-kata sesuatu dalam blog ini setiap minggu. Ini cara untuk menzahirkan apa yang dirasa supaya boleh dibaca semula suatu hari nanti bila sudah tua. Sudah tentu bukan untuk tinggalan anak-anakku kerana rezeki yang satu tu mungkin jauh lagi untuk kami miliki. Tak apa, kami tak apa-apa pun. Sedih tidak, kecewa pun tidak, biasa-biasa saja.

Tak ada apa-apa

Semalam terjumpa blog yang pada aku sangat menarik kerana berkaitan dengan kehidupan dan impian aku. Blog ini memberi inspirasi kepada aku untuk bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang... macam biasa la... pasal tempat kerja.

Memang susah untuk kita jumpa dengan kerja yang bersesuaian dengan jiwa kita sementelah kita pulak bukan orang kaya-kaya yang boleh buka perniagaan atau buat pekerjaan apa saja dengan mudah. Kita nak berniaga pun kena fikir nak cari modal dan barang perniagaan yang nak dijual.

Apa-apa pun semua impian yang kita hendak capai mesti bermula dengan satu langkah, baru lah kejayaan boleh mengekori kita. Selagi tak dicuba kita tak akan tahu keupayaan kita.

Beruntung mereka yang mempunyai bakat dan kemudiannya digilap untuk dijadikan mata pencarian. Seperti orang yang pandai menjahit, bertukang, melukis, menulis, berkebun dan sebagainya. Bekerja pejabat ni sungguh membosankan. Tapi kalau dah itu sahaja rezeki kita, bersyukur sahaja!

Aku minat dengan buku-buku dan majalah tapi rezeki bukan terarah kepada itu.

Banyak perkara nak dibuat dalam hidup ini. Rancang dan laksanakan langkah demi langkah. Senyum lah...