Wednesday, 21 March 2018

Rumah Kucing dan Mereka

Keobsesan kami:

1. Rumah Kucing 1 -
Penghuni : Cici + 6 anak, Kimci + 3 anak = 11 ekor

2. Rumah Kucing 2 -
Penghuni : Dagang, Rimau + 4 anak, Bugara, Budak baru, Budak Kedai + 3 anak = 12 ekor

3. Rumah Kucing 3 -
Penghuni : Henda + 6 anak = 7 ekor

4. Condo 4 bilik -
Penghuni : Kiah, Miranda, Koko, Melati = 4 ekor 

5. Semi D - 
Penghuni : Whitey = 1 ekor 

6. Apartment  2 bilik - 
Penghuni - Hidung Penyet, BB = 2 ekor 

7. Apartment 9 bilik -
Penghuni : Ekor Pendek, Manja, Rocky, Tompok, Gen2, Linton = 6 ekor 

Total = 43 ekor  (wah wah wah, baru perasan 43 ekor rupanya hehehehe...)

Semua kediaman mereka berwarna putih. Laman dan porch kami penuh dengan kediaman mereka. Percuma siap ada cleaner lagi. aku la tu.. Aku rasa macam nak hias laman supaya jadi taman kucing lah. Aci tak?

Ada 24 ekor lagi belum diberi nama. Nak bagi nama apa ye?

Condo tu sangat selesa satu bilik boleh duduk 3 ekor. Tetapi aku letak seekor sahaja dalam setiap bilik.

Bila anak-anak kucing sudah besar, kami kena asingkan mengikut jantina. Nak mandulkan ke tak? Aku rasa perlu mandulkan yang tua-tua dulu kemudian baru lah yang muda-muda.

Malam tadi aku gigih ke DIY membeli bidai kayu untuk dipasang di Rumah Kucing 2. Sekarang ni selalu hujan lebat di waktu petang, kesian budak budak kucens kena tempias. Dulu aku pasang plastik tapi bila lama-lama plastik jadi hancur lalu aku biar jer kosong. Dalam kelam malam guna lampu dahi terus suami aku pasang bidai tu. Berpeluh jugak la dalam gelap-gelap tu. Petang ini kalau hujan lagi nak tengok kena tempias lagi ke tak.



Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018

Kancil Baru 1

Daripada dulu-dulu lagi aku memang sangat sukakan Kancil. Kereta ini sahaja yang aku mampu bawa kerana aku penakut dan tidak yakin bawa kereta lain yang lebih besar. Serasa aku Axia tu pun rasanya sudah sangat besar untukku. Orang lain hairan kenapa aku pilih Kancil kereta second hand yang sudah berbelas tahun usia. Orang lain tak faham betapa sukanya aku terhadap Kancil.Ini lah kereta idamanku. Sekarang Kancil berwarna Hijau. Aku ingat nak cat baru ke warna Kuning. Lepas tu nak cantikkan sikit Kancil nih.

Sekarang aku sudah mula memandu Kancil ke pejabat ditemani suami di sebelah. Masih tak pandai nak naik tingkat tinggi dan parking. Perlahan-lahan la ye aku belajar nanti. 

Aku tak pandai bawak kereta tapi aku ada 4 kereta : Gen2, SAGA, Viva dan sekarang Kancil. Suka kumpul kereta ye? Hehehe...

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018

Tuesday, 13 March 2018

Meniti Hari-hari Usang

Kadang-kadang selalu terfikir untuk berhenti kerja sekarang juga. Kadang-kadang rasa boleh sahaja bertahan 6 tahun lagi. 

Tapi apa yang akan berlaku di hadapan kita tak akan pasti. Entah apa yang akan berlaku.Berbaloi ke ditunggu 6 tahun lagi dalam rasa tidak gembira dan sakit hati? Kalau mati mengejut tanpa sempat berbuat sesuatu yang kita suka dan minati, alangkah ruginya. Cuma tidak semua yang kita hajati kita akan perolehi kerana mungkin sesuatu perkara itu tidak sesuai untuk kita jadi Allah tidak permudahkan lorongan itu. 

Jadinya kalau aku tidak berhenti kerja (pencen pilihan) pada hujung tahun ini, maka jawabnya aku akan ambik pencen pilihan 6 tahun lagi la ...... huhuhu

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
13/3/2018

Tuesday, 6 March 2018

Koleksi JS



Koleksi JS kegemaranku - Jaja dan Din dan Surat Untuk Nuha

Mary's Cabin 
6/3/2018


Apartment dan Semi-D

Bulan Feb lepas sampai lah di rumahku Apartment 9 bilik dan Semi-D baru untuk Kucens. Apartment tu tak kena saiz ukurannya jadi penjual akan menghantar sebuah lagi Semi-D sebagai ganti rugi. 



Alhamdulillah 

Mary's Cabin
6/3/2018

Kancil Baru

Seekor Kancil telah dimiliki secara rasmi pada 3 Mac 2018.
Alhamdulillah.

Mary's Cabin
6/3/2018

Thursday, 22 February 2018

Kancil


Teruja menunggu seekor kancil...

Mary's Cabin
22/2/2018