Monday, 9 July 2018

Hari Pertama - Buat lah kebaikan di muka bumi ini

Cabaran untuk menulis setiap hari selama 100 hari...

Susah sebenarnya untuk konsisten melakukan perkara baik setiap hari kecuali makan... 

Buatlah kebaikan di dunia ini sebelum diri dijemput Allah ke Tanah kekal abadi.

Buat lah semua yang dihajati untuk kegembiraan semua. 

Fikirkan jika hanya ada 100 hari sahaja lagi untuk kehidupan di dunia ini...

Aku dan dia ... 

Mary's Cabin 
9/7/2018.

Monday, 25 June 2018

Yang Pergi Lagi

Beberapa ekor lagi pergi meninggalkanku di hujung Ramadhan: 

1. Anak Kimchi 
2. Anak Henda - 2 ekor putih bulu panjang dan 1 ekor hitam bulu panjang
3. Bughara 

Ini lah kehidupan...

Tuesday, 5 June 2018

Kehilangan lagi

Malam tadi, 2 ekor lagi kucingku kembali ke Penciptanya dengan tiba-tiba. Si Putih Bulu Panjang rupanya selsema teruk. Manakala Anak Cici tiba-tiba sahaja mati mengejut bila aku jengok dia pagi ini. 

Tak apa lah. Sudah ketentuan Ilahi. Yang pergi diganti dengan anak baru Henda 6 ekor. Tenangkan hatiku dengan redha yang tak sudah. Pejam mata rapat-rapat dan ingat lah semua yang ada di atas muka bumi ini hanya pinjaman sahaja... 

Remuk hatiku...

Wednesday, 30 May 2018

Yang Lahir

Yang pergi patah tumbuh hilang berganti. Yang tiada digantikan dengan kelahiran baru anak daripada Rimau 4 ekor dan Budak Baru 3 ekor. 

Si Hidung Penyet kucing ala ala persian juga telah mati mengejut di waktu pagi sebelum Blackie dan Emerald lagi.
Begitu lah kehidupan..... 

Monday, 28 May 2018

Yang pergi

Sebelum masuk bulan puasa hari tu, anak kucing si hitam (Blakie) kerana FIP. Dan kemudian sehari selepasnya si putih (Emerald) pulak mati kerana FIP juga dan diikuti Smokey kerana terjatuh dalam sangkar.  Tiada kata yang mampu diucapkan...
Pergi lah... itu mungkin lebih baik...

Tuesday, 27 March 2018

Laman dan Rumah

Kadang-kadang aku membayangkan untuk mengambil pencen pilihan dan menghabiskan waktu di rumah / lamaan rumahku sahaja. Pelbagai benda yang aku rancang nak dibuat. Antaranya: 

1. Menanam sayur-sayuran
2. Menyusun tanaman supaya menjadi taman ala-ala hutan
3. Membuat tapak-tapak dalam laman seperti taman 
4. Membuka perpustakaan mini di kabin
5. Membuat perniagaan kecil-kecilan seperti jualan kraftangan dan lain-lain jualan di kabin 
6. Menyediakan taman meja dan bangku taman 
7. Melukis di dinding rumah kucing dan kabin
8. Memelihara pokok-pokok hutan seperti senduduk

Aku masih belum jumpa gambar daripada google yang hampir sama menggambarkan laman rumahku. Maknanya aku kena ambil gambar sendiri lah gayanya... Yang ada dalam google seperti di bawah






Ada yang menulis di fb mengatakan kita sebenarnya hanya memerlukan rumah yang kecil sahaja untuk hidup yang ringkas. Jadi kita kena jadi seorang yang meringkaskan semuanya. Barang dalam stor perlu disedekahkan, dijual atau dibuang. Tapi setiap kali nak buat begitu mesti akan fikir haish barang ini boleh guna lagi ni...akhirnya simpan semula.


Banyak yang aku nak buat tapi macam tiada masa. Kalau sudah pencen nanti adakah aku akan ada banyak masa? Aku rasa tidak juga... Akhirnya nanti nak buat apa? Fikirkan...


Mary's Cabin 
27/3/2018



Wednesday, 21 March 2018

Kucens

Pernah ada orang komen kepada aku kenapa aku terlalu obses memelihara kucing. Kerana memelihara kucing memerlukan duit yang bukan sedikit apatah lagi kalau jumlah kucing yang begitu banyak. Bukankah lebih baik gunakan duit tersebut menanggung anak yatim piatu daripada membela kucing? Jawapan aku - aku senyum jer kerana aku tak ada jawapan untuk itu. Kadang rasa menolong manusia selalunya tidak dihargai malah disakiti, lebih baik menolong kucing. Lagipun kucing kalau tidak ditolong siapa yang akan menolong mereka. Ramai juga yang tidak suka dengan kucing seperti mahu supaya kucing hidup jauh daripada manusia. Tapi memang kejadian Tuhan kucing dijadikan untuk hidup disamping manusia.

Memelihara kucing bukanlah pelan kehidupan kami. Tidak pernah terfikir pun. Ia bermula tahun 2008 bila Gen2 dan 2 adik beradiknya lahir di rumah banglo mertuaku yang masa tu kami yang duduk di situ. Rupanya ibu Gen2 adalah kucing jiran sebelah kami. Apabila kami berpindah ke rumah sendiri tahun 2011, semenjak dari hari itu kucing kami mula bertambah. Pernah ada sehingga 50 ekor lebih tapi kemudiannya mati seekor demi seekor. Mati sebab pelbagai kebanyakkannya kerana sakit. Ada juga yang pergi berjalan dan tak balik balik rumah. 

Semenjak itu juga kami mula membina rumah kucing dan membeli sangkar-sangkar. Laman kami nampak crowded dengan rumah kucing. Sangkar besar 2 tingkat ada berpuluh puluh. Boleh bayangkan berapa duit yang kami habiskan. Sebuah sangkar 2 tingkat berharga 100.00-250.00. Semata-mata untuk memberi keselesaan kepada kucins. Kami tidak mahu lepas bebas kucing kerana tidak mahu mereka membuat onar di rumah jiran - takut kencing berak di rumah orang atau mencuri makanan di dapur orang. Nampak macam mengurung sedangkan kucing sepatutnya di lepas bebas. Tapi demi keselamatan mereka, tindakan begitu lebih baik. Mereka akan dilepaskan bermain di kawasan rumah dengan pemantauan kami. Kena berlari dengan mereka kalau mereka berlari ke sana ke mari. 

Makanan dan perubatan kucing memang mahal. Jadi korbankan sahaja kehendak kami dan dahulukan keperluan mereka. Kos bulanan mereka 1k-2k. Mesti orang fikir kalau disimpan duit itu mesti kami sudah boleh membeli kereta baru cash. Tetapi takdir Tuhan begitu. Kalau kami tak pelihara kucing pun belum tentu kami akan dapat menyimpan duit itu. Mungkin memang duit itu adalah rezeki kucing.

Tahun lepas Cabin mula dibina menggantikan Wakaf besar kerana wakaf tersebut mula ada anai anai. Rasa rugi juga kerana duit dah habis membina wakaf besar tu. Warna oren dipilih supaya nampak terang. Ianya jadi tempat aku membaca buku. Pelbagai buku aku disusun di situ termasuk la juga mainan aku. Tempat bermeditasi dan berkreatif. Kreatif la sangatttt ... padahal tempat tidur aku sambil pasang kipas.... 

Kos Rumah Kucing : RM1.2k + RM 2k + RM3k = RM6.2k
Kos Condo, Apartment, Semi D : RM 2.6k + RM2.7k = RM600.00 = RM 5.9k 
Kos Sangkar Kucing : RM 150.00 @ 21 = RM3150.00 
Total = RM 15,250.00
Kos bulanan : RM 1500.00 @ 12 bulan @ 9 tahun = RM 162,000.00
TOTAL BESAR = RM 177,250.00 

@@@@

Best Moment in Life 
Mary's Cabin 
21/3/2018