Tuesday, 3 February 2009

Soalan di antara Perempuan dan Lelaki


Ini adalah persoalan yang diutarakan dalam Saifulislam.com untuk direnung (dan dijawab?) oleh para isteri dan suami.


SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:

1. Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2. Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

3. Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?

4. Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah.
Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

5. Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?

6. Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?

7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?
SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?

2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?

3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?

4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?

5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?

6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?

7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?

Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.

Sunday, 18 January 2009

Januari - April 2009


Bermula Januari hingga April tahun ini, aku tidak akan mempunyai aktiviti sosial seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad. Dan aku juga tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumah apalagi memasak!!! Hmmm.....

Hijrah

.... sehebat manapun pencapaian kita, kita tidak ada jadual untuk membangunkan jiwa. Cerdik akal dan cerdik hati tidak ada sama sekali...
Hijrah merupakan satu hidayah dari Allah SWT. Ia bukan untuk dicari-cari atau dirangka-rangka tetapi hijrah perlu ada penghayatan diri.
(Dr. Robiah H. Hamzah)

Mutiara Kata



Orang yang membiarkan dirinya

berbohong sekali akan menyedari

bahawa lebih mudah berbohong untuk

kali kedua dan ketiga kali

sampai menjadi kebiasaan

(Thomas Jefferson)

Apapun pendapat orang

terhadap anda, entah mereka

mengkritik, entah mereka memuja,

lakukanlah hal-hal yang anda

yakini benar

(Pythagoras)

The Beauty of Love

This has been written long time ago.....

For many reason I write this words for the most wonderful man in my life
who always be there for me since the day we've been together
you gave me so many things and you know how much I appreciate that
you gave me love and power so we can passed all those difficulties we have
and thanks to Allah we made it
You know how much I love you and I know how much you love me
and deep in my heart I always feel warm love and it make me smile
and strong while I'm thinking of you
Every night I close my eyes and pray to Allah, please keep this relationship
with me, coz I never have someone as wonderful as you
and I don't want anybody else but you
I pray to Allah with the purity inside me, let him be my first and the last
Let me live with him for the rest of my life
No one can take this lovely man's place in my heart
May our love live forever for the rest of our life
I believe I chose the right man, the one who will share my life with forever......


Friday, 9 January 2009

Be Your Self


Just be yourself !

Hmmm


Terkejut bila baca blog Anis. Sebab tak sangka dia seorang yang begitu perindu sekali dengan kenangan lama. Hehehehe. Anis .... Anis..... Masih disimpan semuanya dalam memori ye.
Aku pun masih mengingati kenangan-kenangan lama tu jugak. Yang aku paling ingat, aku ni suka sangat tidur awal tiap-tiap malam masa di Kolej Anggerik, masa kawan-kawan dok borak-borak kat tepi katil aku tu, aku dah pun melayang entah ke mana... zzzzzz... tidur le apa lagi. Aku juga suka makan roti coklat atas katil, lepas tu aku akan terus tidur. Sebab itu la masa kat UiTM tu badan aku gemuk. Aku pun rasanya jarang outing ke bandar sebab selalunya waktu weekend aku akan balik ke rumah kakak aku di Meru, Klang, lagi pun duit mana ada nak outing selalu. hehehehe. Orang miskin la katakan.