Sunday, 28 March 2010

Daripada www.zaharuddin.net...
Dengan bersedekah ....
Kita diselamatkan dari kemalangan dan bencana seperti di jalanraya, di dalam rumah, luar rumah, di tempat kerja dan sebagainya. Namun perlu diingat, ADA JUGA TERDAPAT HARTA YANG BERKAT TETAPI DITIMPA MUSIBAH DAN BENCANA, namun tanda berkatnya ia adalah bencana dan musibah itu membawanya lebih hampir kepada Allah dan bukan semakin jauh. Itulah fungsi keberkatan harta itu, ia hilang dan ditimpa musibah sebagai asbab untuk kebaikan tuan miliknya.JUSTERU, bukan tugas kita untuk menuduh harta si polan itu berkat atau tidak berkat setiap kali ditimpa musibah kerana kita TIDAK TAHU HAKIKAT SEBENARNYA.

Dihindar dari mendapat kerjaya yang haram dan terselamat dari sebarang jawatan atau kenaikan pangkat yang memudaratkan masa hadapan. Perlu diingat bukan semua kenaikan pangkat itu baik untuk hati dan jiwa manusia, ada sebahagian besar jawatan yang menghancur dan mengubah habis jiwa kebaikan dalam diri seseorang kepada jiwa penerima rasuah, tamak, rakus kuasa dan sebagainya.

Direndahkan minat dan nafsu kepada harta dan pendapatan haram serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam yang halal. Inilah yang boleh digelar sebagai salah satu dari cabang ‘zuhud', iaitu kebebasan jiwa dan hati dari keterikatan dengan harta dunia. Jika diperolehi, syukur dipanjatkan, jika ia hilang dan pergi tidaklah terlalu ditangisi.

Diberikan rasa cukup dan selesa dengan pendapatan yang diperolehi kini walau zahirnya kelihatan kurang mencukupi. Inilah dinamakan oleh ulama tasauf sebagai Qana'ah iaitu berasa cukup dengan apa yang telah ada, tetapi tidak henti untuk terus menerus memperbaiki diri dan kerja.

Kenderaan yang digunakannya jauh lebih baik dari kenderaan yang jauh lebih mahal darinya. Begitu juga harta-hartanya yang lain seperti rumah dan lokasinya, diberi rezeki oleh Allah untuk berada di persekitaran yang baik, berjiran dengan mereka yang tidak menimbulkan banyak masalah.

Sumber pendapatan tambahan boleh datang secara tanpa disangka-sangka. Ia tidak semestinya dalam masa terdekat, ia mungkin berlaku 10 atau 20 tahun akan datang.

Tuesday, 9 March 2010

Telah Berjumpa

Akhirnya berjumpa juga dengan Raziha Abdul Wahab. Setelah google dan menelefon sekolah, akhirnya aku mendapat alamat dia. Alhamdulillah....

Sunday, 7 February 2010

Di mana dikau...

Mencari rakan lama bernama Raziha Abdul Wahab, Sekolah Menengah Kamil (1987-1991). Moga-moga pencarian ini berhasil. Terlalu teringatkanmu...apa khabar kau sekarang ini ye??

Thursday, 4 February 2010

Sebelum Kita...


hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik..
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan..
fikirkan tentang seseorang yang tidk punya apapun untuk dimakan

sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa..
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan

sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk..
fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya

sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda..
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup

sebelum kita mengeluh dan memarahi ibu dan bapa yang masih hidup..
fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang ibu dan bapa

hari ini kita mengeluh tentang hidup..
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita..
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul

sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya..
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan

dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan..
fikirkan tentang penggangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita

sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain..
ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan..
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!

BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT...

..petikan dari e-mail..

Today is a Wonderful Day

....... Semoga Hari ini Lebih Baik Dari Hari Semalam........

Wednesday, 3 February 2010

Lagi Muhasabah Diri...

19 Jan 2010...
Kehilangan boleh berlaku bila-bila masa bila sudah ketentuanNya. Mungkin sebagai pengajaran melihat balik kesilapan diri yang pernah dilakukan, mungkin juga sebagai dugaan samada tabah atau tidak menghadapinya...
berhari-hari merapati ... berdoa semoga dapat kembali... dan masih lagi berdoa...

Telah biasa mendengar orang lain diragut ... kini berlaku pada diri sendiri.
kehilangan yang begitu banyak buat diri terduduk...
sudah tiada rezeki...

Saturday, 16 January 2010

Kesayangan Hamba


Insan kesayangan hamba:

1. Suamiku
Leader, Boss, sahabat, rakan kongsi, rakan gaduh, banker, consultant, supplier, walkie talking dictionary, driver, membantuku waktu aku susah, memahamiku, menjaga maruahku, mendidikku menjadi kuat menempuh cabaran kerja,

2. Ibuku,
Yang melahirkan aku, menyayangiku, menyusukan aku, membesarkan aku, mengasuh dan mendidik aku, yang pertama mengajarku mengaji Quran, menyelamatkanku dari kebakaran, membenarkanku, mendoakan yang baik-baik untukku ..., seorang yang sabar atas semua hinaan orang, cool, mottonya ...'ala masalah tu hanya senipis kulit bawang, ko pasti dapat atasinya'.

3. Ayahku,
Mendidik dan membesarkan aku, mencurahkan ilmu dan pengalaman kehidupan, mengajar aku bertatih dan berjalan kerana aku hanya mampu berjalan seumur 5 tahun sehingga semua orang kampung menyangka aku sudah cacat, sabar menempuh hinaan orang, bekerja keras membanting tulang membesarkan 8 orang anak-anak.

4. Kakak Sulungku,
my second mom, my mentor, mengasuh dan mendidik aku, membelanjakan segalanya untuk pendidikanku, memberi makan dan pakai untuk ku, membela semua adik-adik, sabar menahan dugaan hidup, cekal, tabah, sanggup berkorban untuk adik-adik, penyelamat adik-adik.

5. Adik beradikku (7 orang)
Pembakar semangatku, rakan gaduh terutama adik bongsuku, rakan berbincang, teman seia sekata.

Ya Allah! Semoga kami semua dirahmatiMu, tunjukkan kami jalan yang lurus jalan yang Kau redhai... Amin.