Kemaafan dipinta dari semua...
Moga ada keampunan dalam diam...
Bertawakal dan berserah .... pada YANG SATU
Hidup tidak lama... semuanya sementara sahaja...
Yang kekal abadi menunggu di sana...
Taubat nasuha berkali-kali...
Moga keampunan Ilahi diperolehi...
Bekal menuju alam abadi...
Ketaatan tidak berbelah bagi...
Walau susah diberi...
Dia yang satu kekal di hati...
Istighfar beribu kali...
Pengubat nafsu di hati...
Moga jalan yang ditempuhi...
Disinari cahaya Ilahi.
Berkati dan lindungilah diri ini...MUSAFIR...
Tuesday, 10 April 2012
Friday, 6 April 2012
Potsdam, Berlin, German (17 Mac - 24 Mac 2012)
Hari tu berpeluang ke Berlin German. Bawak husband sekali. Rasanya biasa-biasa aje ke sana sebab mungkin memang bukan minat sangat ke luar negara. Dah ada govt sponsor pergi aje ler.
Cuaca kat sana sejuk dlm 5-10 celcius. Bila malam ya ampun sejuknya sampai ke tulang. Ikut kawan shopping malam-malam, tapi muka jd pucat sebab tak tahan sejuk. Kulit bibir pecah2 sebab sejuk, badan gatal-gatal sebab sejuk, hidung berdarah sebab sejuk. La... semuanya sebab sejuk. Nampak sgt badan tak boleh adjust dgn cuaca sejuk mcm ni. Kat sana kul 6.00 ptg dah gelap gulita. Sangat lah boringnya di luar negara sama mcm pengalaman di Bangalore dan Bangkok. Nasib baik kali ni bawak husband so tak der la rasa sunyi sangat. Semuanya dlm Bahasa German sama ada perbualan mahupun tulisan. So memang tak paham apa masa shopping. Guna bahasa insyarat je. Orang lain shopping sakan terutamanya beg mcm LV dan Long Cham. Regenya sgt la mahal sampai ribu riban. Sebab 1 Euro=RM4.035. So end up kami suami isteri tak beli apa2 yg mahal melainkan brg survenier. Itu pun dlm rege RM16 ke atas sekeping. Rasa membazir duit shopping di luar negara sebab duit tak berapa nak ada banyak. Lagipun rasanya better duit tu digunakan untuk kucens kami. Kalau beli handbag LV dlm RM4800.00, rasanya dgn nilai mcm tu brapa tahun kucens kami boleh mkn enak2 tu.
Rasa tak menyesal tak beli apa-apa sebab barang2 tu semua pun ada jugak kat M'sia. Lagi senang sebab ada banyak masa nak pilih-pilih. Tapi confirmkan la aku takkan ler nak beli handbag rege RM4800.00.
So ini la few photos kami kat Potsdam dan Berlin. ULASAN JELAS : TAK BEST PUN KE LUAR NEGARA NI, KAT DALAM MALAYSIA LAGI BEST!!!
Tuesday, 6 March 2012
Rumah Kucen I
Rumah Kucen Baru
Ini lah rumah kucen II. Modified daripada wakaf...Rumah kucen I masih ada seperti biasa. Rumah kucen I untuk kucens besar (5 ekor), rumah kucen II untuk kucens kecik (7 ekor). Yg tak suka dok dalam rumah kucens dan dibiarkan berkeliaran ada 3 ekor (cleo, celoreng dan ibu tumpang). Yg dok dalam 2 cages besar ada 2 ekor (BB dan ekor panjang). So semua total ada 17 ekors. Rumah ni siap hari Jumaat, hari Ahad dah ada pelawat couple cina dengan cucunya datang tengok2 rumah kucens. Diorg kata best la dok rumah corner lot, orang tak boleh kacau, boleh pelihara banyak kucens. Kat rumah dia susah sebab jiran2 tak suka kucens dan diorg suka report kat polis. Couple ni siap cakap, 'u jaga kucens ni nanti bila u dah tua, kucens ini akan doakan u'. Couple ni tahu pasal rumah ku + kucens bila anaknya yg selalu menggunakan jalan rumahku selalu melihat rumahku yg ada rumah kucens + banyak kucens. (Ish betul ke ayat ini?)
Semalam pulak ada dramatis + suami + anak yg dok area rumah ni meninjau2 rumah kucens ku. Lepas tu pulak ada seorang ibu dengan anak2nya melihat-lihat rumah kucens ku dan menunjukkan kpd anak2nya betapa byknya kucens di rumahku. Wah rumah kucens + kucensku dah ada ramai peminat. Tapi rumah kucen II ni kena modified lagi sebab kalau hujan lebat, takut kena tempias. Duduk elok2 ye semua kucens ku!
Monday, 5 March 2012
Rumah Kucing II
Rumah kucing II dah siap pada hari Jumaat lepas! Yeay!! Dapat la kucen2ku ruang yang lebih luas untuk berkejaran... hehehe... Nanti ada masa nak upload gambar weh! Ok jugak me and my husband buat kerja keras tangan ni ye... Tp mine of course la tak brapa cantik sangat!(or langsung tak cantik?) org yg jenis tak sabar buat kerja macam tu ler...
Tuesday, 28 February 2012
Hari Keluarga PPAS Jan 2012
Sabtu dan Ahad


Sabtu dan Ahad
Siapkan rumah kucens kedua - tapi tak siap2 jugak disebabkan kekangan masa dan tenaga. Susah jugak ye nak buat rumah + bertukang ni. Almaklum ler kita tak pandai sangat. Habis luka-luka dan pecah jari jemariku... Rumah kucens yang kedua ini asalnya daripada wakaf besar 8x8 yang jarang kami duduk tu. Untuk bg keselesaan kepada the kucens, maka kami ubahsuai wakaf tu jd rumah mereka dengan disambung 4x4 lagi ke belakang. Jadi lebih besar ler sikit. The kucens yg besar2 boleh la dok rumah wakaf ni, yg kecik2 pulak kekal la dok dalam rumah dulu. Senang nanti nak uruskan mereka. Tak payah lepaskan mereka kecuali hari cuti atau ada sebelah petang...
Ke D'Reebu - cari pondok comel untuk menggantikan pondok besar... Semua pondok2 kat situ lawa-lawa belaka. Duit aje yg tak lawa... so pilih pondok comel sesuai dengan duit yang comel je... 2 minggu lagi sampai la pondok comel tu kat rumahku... suka... suka!
Nak kawasan rumah mcm kat atas buleh tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)