Wednesday, 12 September 2018

Hari ke 50 - 64


Kadang-kadang kita perlu melalui kepayahan dan kesusahan dalam kehidupan untuk membentuk jati diri. Membuat kita berfikir dan menghargai apa yang kita ada. Kepayahan membuat kita lebih bersemangat untuk maju dan kental diri. Dunia ini bukan apa-apa. Kita tidak mampu melawan arus pemodenan dunia tetapi kita mampu kekal dengan diri kita. Berusaha dan terus berusaha! Berani dan tawakal kepada Allah!


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  28/8/2018 hingga 12/9/2018.

Monday, 27 August 2018

Hari ke 30 - 49

Hahaha lama betul tak menulis. Bosan, lemah semangat segala bagai. Asyik duk fikir nak pencen awal jer ni. Tapi isu kerja apa nak buat tidak juga selesai walau ada beberapa perancangan di fikiran. 

Bosan dengan suasana kerja. Bosan dengan bos bos. Bosan dengan traffic jem. Bosan segala lah jawabnya. 

Aku nak duduk rumah jaga kucing jaga rumah jaga perut jaga dia jaga mata jaga mulut jaga hati!


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  9 hingga 27/8/2018.

Wednesday, 8 August 2018

Hari ke 24 - 29

Uih lamanyatak update blog. Memang payah betul nak update blog setiap hari. Haish the konsisten langsung. Kalau Sabtu dan Ahad confirm tak akan menulis sebab banyak aktiviti harian nak buat. 

Ada terfikir nak beli lagi sangkar kucing yang besar 5x5x3 harganya RM1000.00 sudah turun harga ke RM800.00. Tapi malangnya memang sudah tak ada ruang untuk letak sangkar besar macam tu. Lagipun sudah terlalu banyak rumah dan sangkar kucing yang ada sekaramg. 

 Setakat ini : 

1. Rumah Kucing 1 -
Penghuni : 7 ekor tanpa nama - campuran anak Cici dan Kimci. Diorang nih dah besar pun. Asal 9 ekor tapi 2 ekor dah mati kerana sakit. Yang lain pun sakit jugak tetapi dapat diselamatkan. 
2. Rumah Kucing 2 -
Penghuni : Koko, Dagang, Bugara dah mati, 2 Anak Rimau yang besar, Linton
3. Rumah Kucing 3 -
Penghuni : Henda + 6 anak baru + 2 anak tua. 4 ekor anak dia yang berbulu putih dan hitam dan bermata biru sebelah mata kuning sebelah semua mati waktu dah remaja kerana sakit.
4. Condo 4 bilik -
Penghuni : Miranda + 4 kitten, Cici, Budak Baru + 3 kitten, Rimau + 4 kitten
5. Semi D - 
Penghuni : Budak Kedai + 2 anak
6. Apartment  2 bilik - 
Penghuni - Melati, BB 
7. Apartment 9 bilik -
Penghuni : Ekor Pendek, Manja, Rocky, Tompok, Gen2 
 
8. Dalam Rumah Kami
Penghuni : Kimchi

Semua total = 47


Aku dan dia
Mary's Cabin 
  3 hingga 8/8/2018.

Thursday, 2 August 2018

Hari ke 22 dan 23


Tahun lepas plan untuk pencen awal bermula 31/7/2018. Sampai tarikhnya masih tak pencen pencen jugak. Sekarang set plan tarikh lain pulak iaitu 30/6/2023 iaitu 5 tahun lagi. Hidup lagi ke idak pada masa tu nanti? Rasa macam nak travel dalam negara jer - jalan-jalan dan makan-makan makanan tempatan. 

Kadang rasa rindu dengan kampung tetapi kampung seolah tidak serasi denganku. Bila balik kampung tak ada apa yang boleh dibuat. Hanya lepak di rumah sahaja atau balik kampung Tok Che'. Kampungku masih juga begitu, orang-orangnya masih begitu. Yang tua-tua ramai yang telah meninggal dunia. Yang muda-muda ramai yang telah berhijrah ke kota. Siapa lagi yang ada di sana? Entah?

Bukan lah aku suka sangat bandar ini. Tapi banyak perkara boleh dibuat di bandar maklum lah tempat mencari rezeki. Menetap di bandar semenjak 1994 mengutip seribu pengalaman hidup. Kepayahan di bandar ini menyebabkan terkadang terasa ingin kembali ke kampung. Tetapi kemudahan di bandar lebih banyak berbanding kampung. Mungkin kalau sudah betul-betul menetap di kampung akan terasa keseronokan hidup di kampung seperti waktu kecil-kecil dahulu.

Aku dan dia
Mary's Cabin 
1 dan 2/8/2018.

Tuesday, 31 July 2018

Hari ke 21 - Rumah Kecil Kami

Rumah kami ni kecil sahaja. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Barang-barang kami pulak tersangat la banyaknya. Kami berdua ni jenis yang suka menyimpan barang. Bukan barang mahal tapi barang 'keropeh' sahaja. Kami selalu bergaduh mengenai barang-barang ini sebab pada aku barang dia lagi banyak daripada barang aku. Tapi bila aku kemas mengemas nampak gaya macam barang aku lagi banyak daripada barang dia. Cumanya aku ada Kabin yang dia buatkan untuk simpan barang-barang aku. Sedangkan dia simpan barang dalam rumah. 

Rumah kami nampak sempit kerana keberadaan barang-barang ini. Nak buang sayang, nak simpan takde ruang dah. Tapi sehingga kini kami masih menyimpan barang-barang tu semua.Tak apa lah walau rumah kami nampak sempit penuh dengan barang asalkan kami bahagia. Nak kata apa lagi ye dak? Tetamu sila ignore yer kalau nampak barang-barang kami yang banyak ini. 

Aku sangat suka dan sayang dengan rumah ini. Lamannya yang luas (padat dengan rumah kucing dan Kabin) tapi puas hati kerana boleh beriadah di laman ini :- kejar mengejar kucing (senaman), membaca buku dalam Kabin (tidur sebenarnya dengan kipas on dan angin sepoi sepoi), menyapu sampah (senaman), lari-lari anak (senaman), melompat (kait buah mempelam), menyiram tanaman sekali sekala (rendang tak berbuah) dan kemas mengemas yang tak pernah selesai kerjanya. Penyelenggaraan rumah ni pun senang jer sebab kecil. Porch kami juga penuh dengan rumah kucing dan sangkar kucing. Barang-barang lain pun banyak juga. Haishhhh teruk betul la kami ni menguruskan kekemasan rumah. Hmmmm entah la bila nak berubah ni...

Aku dan dia
Mary's Cabin 
30/7/2018.


Monday, 30 July 2018

Hari ke 20 - Buku Masakan


Suka dapat beli buku masakan ini semalam di Popular. Konon-kononnya nak masak menggunakan Air Fryer dan Pressure Cooker. Huh tak tahu lah berjaya ke tak memasak dengan lebih kerap dengan 2 peralatan ini. 
 
 
Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
  30/7/2018.

Hari ke 17 hingga 20 - Misi Menurunkan Berat Badan

Misi untuk menurunkan berat badan sehingga 20kg sedang bermula. Dijangkakan akan mengambil masa selama 20 bulan. Harap kali ini berjaya demi masa hari tua kelak. Badan pendek memang tidak sesuai dengan berat 68kg. Yang utama perlu buat exercise sekurang-kurangnya 30 minit sehari 3 kali seminggu. 

Aku dan dia ... 
Mary's Cabin 
  27 hingga 30/7/2018.