Monday, 23 May 2011

Makanan Kucing2ku...






Hari ni suka sangat sebab semalam dan tahu jenis makanan yang sesuai untuk kucing2ku (yg 12 ekor tu!). Semalam dah buat dan semua kucing2ku sangat suka dengan makanan itu. Senang hati sebab makanan tu lebih economic, mudah disediakan, berkhasiat dan sedap pula! Yeay!!! Harap2 lepas ini kucing2ku akan bertambah2 lg sihat dan aktif.

Semalam semasa kenduri kahwin kat taman, jiran2 dok pakat tanya 'apa benda rumah putih kat rumah kamu tu'. Aku bgtau la 'itu rumah kucing (10 x 8 kaki)utk 12 ekor kucing kami'. Ibu kucing kami pun tgh tunggu hari nak bersalin. Dgn penambahan anak2 nanti, memang perlukan rumah kucing. Diorg pun cakap 'ada dengar2 kata yam + daud pelihara kucing'. Ada sorang Pak Lebai tu kata 'lepas ni boleh la kami hantar anak2 kucing yg baru lahir tu ke rumah korang sebab ada rumah utk kucing'. wah wah diorg ni. Ambik kesempatan betul. Kalau dah semua kucing2 dihantar ke rumah aku, kucing2 aku sendiri nak dok mana? Ambik la inisiatif konsep sebuah rumah (rumah orang y)seekor kucing. Jadi takde la ramai kucing2 terbiar di jalanan. Kesian kat kucing2 tu semua..... Aku bela kucing pun secara kebetulan je. Sebab kucing2 tu dtg rumah kami. Ada yg diambik di kedai2 depan rumah sebab kesian tengok sakit dan tak terurus. Yg kittens tu sebab ada yg terpaksa buang sebab ruang Aprtment yg tidak mengizikan. Sesiapa yg ada rumah besar, ada maid, ada org kat rumah 24 jam, boleh la ambik bela kucing2 ni. Sayang kucing tak luak apa2 pun dlm hidup kita. Hidup kucing untuk negara!

1 comment:

siti said...

hidup kucing untuk negara?kahkah..gelak guling2..hahaha..klakar la kak ra nih...