Thursday, 26 May 2011

Sekali lagi.... Terlalu sedih....

... sekali lagi aku perlu berhadapan dengan takdir ini... ketentuan Ilahi... semalam sekitar jam 7.00 ptg aku kehilangan seekor anak kucingku yang dilanggar oleh sebuah van sekolah. waktu itu dia si kenit 6 terlalu excited bermain dengan 5 ekor adik beradiknya lalu berlari keluar dr pintu pagar rumah. tak disangka van sekolah yg dipandu laju terus melanggar si kenit 6. dia yang sihat gebu cedera teruk di kepala. kejadian ini berlaku terlalu pantas dalam sesaat sahaja. suamiku tidak sempat mengejar si kenit 6. pemandu van itu memohon maaf kerana dia tidak nampak si kenit melintas. seharian menangis tidak dapat mengembalikan si kenit. pusaranya dibina di hujung laman di bawah pokok rambutan... hai hati tabah lah....

1 comment:

myQza said...

rest in peace.. =((