Friday, 2 January 2009
Thursday, 1 January 2009
Catatan Untuk Seorang Isteri 2

Rasulullah S.A.W bersabda :
"kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa"
"sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya"
"sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada, maka Allah akan menganugerahkannya dengan kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar"
Catatan Untuk Seorang Isteri 1
Isteri yang lurus hatinya tidak buruk sangka, hasad dengki, cemburu buta, sombong, ego, cinta dunia, tidak amanah dan lain-lain sifat keji. Dia tidak mudah melatah serta berbuat kesilapan.
Suami wajib ditaati dan dimuliakan kerana itulah tiket utamanya mendapat keredhaan Allah. Redha suami bererti redha Allah. Walau orang memandang rendah dan tidak menghormati suaminya, dia tetap menyanjunginya. Dia tidak membanding-bandingkan suaminya dengan suami orang lain sebab dia merasakan suaminya orang yang berjasa menyelamatkan dan melindungi maruah dirinya.
Sumpah suami ialah berjanji ketika mengakad nikah bahawa akan menjaga isterinya dengan baik, menunaikan segala tanggungjawab memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal dan pakaian secukupnya, memberi didikan, sabar dengan kesusahan dan lain-lain.
Impian Kami
Walau hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, impian kami tetap yang satu itu ..... memiliki ZURIAT kami sendiri. Tiada apa di dunia ini yang paling membahagiakan suami isteri melainkan mempunyai zuriat penyambung keturunan kami. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai anak-anak. Bersyukurlah dengan kurniaan Ilahi yang tidak terhingga ini. Namun kami masih bahagia berdua... mungkin inilah dugaan Allah untuk kami... dugaan yang membuatkan kami masih teguh menyusuri kehidupan penuh dengan keindahan ini. Seperti kata seorang pakar perubatan kepadaku ... 'mengapa mesti membiarkan orang lain menentukan kebahagiaan hidup kita'... maka aku tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Mereka boleh berkata apa sahaja mengenai kami, tetapi mereka tidak boleh merampas kebahagiaan hidup kami. Our life is our choice!
Bila Kami Dah Tua Nanti
Diari Baru
Subscribe to:
Posts (Atom)
