Friday, 20 November 2009

di kampung namaku... nora



Nora

Di redup senja ku terkenang dikau
Wajahmu menjelma dalam hatiku
Terciptalah lagu yang indah
Lukisan hati

Kerlipan bintang-bintang
Di malam sunyi
Matamu menyinarkan
Cahaya kasih murni
Desiran daun-daun
Di angin senja
Suaraku nan beralun
Membisikkan padanya

Nora... Mustika hati ooo dewi
Nora... Permata dalam hidupku
Nora... Mengharum dalam jiwa

Sambutlah laguku untukmu

Desiran daun-daun
Di angin senja
Suaraku nan beralun
Membisikkan padanya

Nora... Mustika hati ooooo dewi
Nora... Permata dalam hidupku
Oooo Nora... Mengharum dalam jiwa

Sambutlah laguku untukmu

Baby sitter

Bermula malam ini, aku kena jadi baby sitter sehingga Ahad petang ini. Adoi!!! takutnya.. macam mana la caranya nak jaga baby yg belum pun umur setahun. Gamak-gamaknya boleh ke aku jadi baby sitter ni. Hai Jibril jangan la kau menangis dengan Mak Uteh nanti....

Saturday, 14 November 2009

hehehe.....

hehehe.. hari ini dapat beli handbag baru. aku suka sangat dengan warnanya. mula2 husband aku tak bagi beli beg ini sebab aku dah ada banyak handbag yang masih baru dan tak rosak pun. tapi aku merajuk sakan kat shopping complex tu sampai aku hentak2 kaki kat escalator dengan muka masam mencuka. akhirnya dia pun izinkan siap bagi duit lagi. agaknya dia dah boring ngan menyampah tengok perangai aku mcm budak2 walaupun umur dah tua. wah bergaya sakan aku dengan handbag warna coklat ni. sukanya aku! hehehe!

Wednesday, 11 November 2009

Ditegur...

Hari ini aku ditegur oleh suamiku kerana entryku dalam blog malam tadi. Dia tidak suka dengan entry itu. Katanya aku ini suka mengikut perasaan... dia juga kata "kau suka ambil tahu bila orang atau kawan mengata kau dibelakang... adakah kau rasa kau baik sangat dan tidak pernah mengata orang lain... kalau kalau sekadar orang mengata kita dan tidak menjejaskan apa pun terhadap diri atau kehidupan kita, biarkanlah.. tidak ada apa kesan pun. lagipun kita tidak tahu sejauh mana atau apa sebenarnya yang dikata orang terhadap kita tu. kita cuma tahu orang mengata kita dari orang lain. jadi sebenarnya kita tidak tau apa yg sebenarnya dikata orang itu.. kita hidup ni bukan lama.. cuba kita banyakkan fikir perkara positif sahaja. setiap manusia itu tidak sempurna lebih-lebih lagi diri kita sendiri. terima lah semua orang di sekeliling kita dengan seadanya sebagaimana kita mahu orang lain menerima kita seadanya...biarlah orang mengata kita... boleh jadi apa yang dikata orang memang benar... jadi lebih baik kita ubah diri kita sendiri menjadi lebih baik, daripada kita marah dengan apa yang dikata orang itu... "

Oh! sedihnya dimarahi suami! ok lah aku bersalah... so aku deletekan entry aku malam tadi.

Tuesday, 10 November 2009

deleted entry

oh ya! aku sedang menjahit quilt (selimut tampal dari kain baju lama kami suami isteri) dah berbulan-bulan aku buat tapi masih tak siap2 lagi. apa patut aku buat? hmm....

Bosan.......

Hari ini rasa sangat bosan dan tension melakukan kerja-kerja di pejabat. Terbayang bestnya kalau kerja kat perpustakaan macam dulu-dulu..... seronoknya di kelilingi buku-buku.... oh alangkah....

Wednesday, 4 November 2009

Work Attachment di NAAC, Bangalore (27 Okt - 2 Nov 2009)





apa menariknya India? Rasanya tiada apa-apa kot. Tapi boleh lah untuk menambah pengalaman berada di negeri orang. Di India, yang kaya nampak biasa saja, tetapi yang miskin memang ketara sangat kemiskinannya. Kemudahan di IPT mereka nampak daif seperti kemudahan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia sekitar tahun 1970-an.
Betapa bertuahnya kita di Malaysia.
aku pulak apa lagi ambik peluang shopping sakan membeli sari dan pashmina banyakkkkkkkkk.