Wednesday, 17 September 2014

Blakie...

Blakie masih belum pulang. Kucing yang paling cerdik dan cool. Badan besar dan bagak. Sekali jeling semua kucing lain takut. Blakie tak pernal jalan jauh-jauh. Hanya sekitar sebelah rumah, dan pasti akan pulang ke rumah. Blakie suka duduk atas pangku. Blakie selalu teman aku menyidai kain kat belakang rumah, atau temankan aku ke lorong belakang rumah cari kucing. Blakie faham bahasa aku bila suruh ikut aku. Blakie suka makan ayam dan ikan.

Jenuh aku mencari keliling taman perumahan ini, namun masih belum jumpa...

Kalau ada rezeki lagi Blakie akan bersama aku lagi... Kalau tak ada rezeki, setakat itu sahaja kenangan yang ada...Aku doakan yang baik-baik sahaja.

Tuesday, 16 September 2014

Blakie

Blakie masih belum balik-balik sejak dari Maghrib Ahad. Risau sungguh dengan Blakie ni. Ke mana lah si Blakie ni pergi. Selama ni Blakie tak pergi ke mana mana. Jenuh aku keliling taman ni cari Blakie, tapi hampa..... aku hampa....

Monday, 15 September 2014

Mandulkan Kucing

Mengikut Fatwa Kebangsaan, hukumnya harus (tidak haram) sekiranya kita mandulkan kucing dengan niat untuk mengelakkan pembiakan yang banyak yang akan memudaratkan masyarakat setempat. Ada pula fatwa lain mengatakan haram kerana ia menentang hukum biologi binatang yang telah ditetapkan Allah.

Di Jepun ada beberapa pulau (dalam pengetahuan ada 2 buah pulau) yang dipenuhi kucing sehingga dinamakan pulau untuk kucing. Persoalan di fikiran aku, adakah mereka memandulkan kucing di pulau ini? Sebab ada banyak kucing di sini. Kalau nak dimandulkan tentulah memakan kos yang bukan sedikit.

Aku pernah mandulkan beberapa kucingku dengan niat tidak mahu ada pembiakan yang tidak dapat dikawal nanti. Tapi sekarang aku tidak lagi memandulkan mana-mana yang ada selepas kejadian seekor kucing betinaku mati selepas dimandulkan... Ekor Panjang dalam kenangan... Aku kawal dengan mengurung asingan mereka antara jantan dan betina. Akan dilepaskan bermain di laman secara berkumpulan batch by batch.  Aku serahkan kepada Allah Taala takdir bagaimana, selepas berusaha mengelakkannya.

Rezeki itu biar berkat

Ya Allah, rezeki itu biar berkat. Ameen.

Pelaburan Hartanah

Aku quote ni daripada sebuah forum...

"hukum membeli hartanah dengan niat menjual semula untuk mendapat keuntungan adalah harus. Namun jika urusniaga berkenaan dibuat secara menindas dan menafikan hak orang lain yang memerlukan maka hukumnya adalah haram. Ini kerana cara urusniaga tersebut dilakukan secara monopoli. Sistem ini diharamkan dalam Islam kerana ia menindas dan menganiayai hak orang lain. manakala menjual barangan dengan harga yang tinggi dengan keredhaan (pembeli dan penjual) adalah harus. Ia tidak dikira riba kerana riba dinilai dari sudut pinjaman atau caj lebihan di sebalik sesuatu urusniaga yang dilakukan. Justeru, Tuan/puan dinasihatkan supaya meninggalkan urusniaga berkenaan kerana rezeki yang diperolehi dari unsur yang haram walaupun banyak pasti tidak ada keberkatannya. Wallahua’lam."

Daripada dulu aku memang anti dengan pelaburan hartanah yang menindas golongan miskin/bawahan. Sebab itu sehingga kini aku masih belum membeli rumah sendiri. Nak kumpul duit sedikit demi sedikit dan kemudian baru buat rumah.

Berniaga

Kalau nak berniaga, mesti ada sifat jujur. Jujur dengan produk dan jujur dengan pelanggan!

Delete list friends dan follows di FB

Hari ni sambil-sambil buat kerja, sambil mendelete friends dan followers di FB sebab tidak suka dengan bahasa yang mereka gunakan. Aku memang banyak follows mereka yang cats rescuer atau pencinta kucing. Tapi kalau sudah tidak pandai menggunakan bahasa yang lebih elok dan suka menegakkan benang basah, terpaksa lah ambik tindakan unfollow mereka. Hati pun tak sakit. Ala diorg pun tak kisah unfollow  diorg.

Gambar atas ... Kerong dalam kenangan...