Friday, 3 June 2011
Gembira...
Hari ini aku buat sesuatu yg dah lama aku rancang tp belum tertunai. Akhirnya hari ini aku berjaya melakukannya selepas mendapat izin suami. Dan bila sampai ke pejabat, ada lg berita lain yg menggembirakan. I was nominated for something... something good... hehehe. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki insyallah ada la....
Thursday, 2 June 2011
Bangun Pagi...
Hei selamat pagi. hari ini kakak lambat bangun... kul 6.00 pagi. biasa kakak bangun jam 5.00 pagi. kena bangun pagi sebab perlu masa nak siapkan makanan 'diorg' semua tu. oh! putih yg baik hati telah berjaya mengejutkan kakak pg tadi. kalau putih tak kejutkan alamaknya dah tentu la kakak bangun jam 7.00 pagi gamaknya. Putih garu2 kepala kakak dan cuit2 muka kakak... tu yg buat kakak terbangun. memang kenit 5 bersaudara ni tak boleh harap.... syok tidur kat kaki kakak, kiri kakak, kanan kakak. share selimut kakak ngan abang ye. Gen2 pun sama seronok asyik tidur kat atas kain baju... putih jugak la yg baik ati cepat2 kejutkan kakak. TQ putih.... sayang putih... dan kenit 5 dan Gen2!...
Wednesday, 1 June 2011
...
.... semenjak aku tahu ada 'org opis' dok 'bercerita' pasal aku kat belakang, aku dah malas nak ambik tahu hal opis... biar la... mungkin pandangan dan penilaian aku tak sama dgn 'diorg'... hmm...hmm...life is just simple!...
Thursday, 26 May 2011
Sekali lagi.... Terlalu sedih....
... sekali lagi aku perlu berhadapan dengan takdir ini... ketentuan Ilahi... semalam sekitar jam 7.00 ptg aku kehilangan seekor anak kucingku yang dilanggar oleh sebuah van sekolah. waktu itu dia si kenit 6 terlalu excited bermain dengan 5 ekor adik beradiknya lalu berlari keluar dr pintu pagar rumah. tak disangka van sekolah yg dipandu laju terus melanggar si kenit 6. dia yang sihat gebu cedera teruk di kepala. kejadian ini berlaku terlalu pantas dalam sesaat sahaja. suamiku tidak sempat mengejar si kenit 6. pemandu van itu memohon maaf kerana dia tidak nampak si kenit melintas. seharian menangis tidak dapat mengembalikan si kenit. pusaranya dibina di hujung laman di bawah pokok rambutan... hai hati tabah lah....
Monday, 23 May 2011
Lagi tentang mereka..
Rumah Kucing
Taraa!! ini lah rumah kucing nya. Biasa2 je tp boleh la nak dok tidur baring dgn selesanya di dalam tu. Diorg dok kat rumah ni bila ada tetamu kat dalam rumah kami. Ye la, takut ada tetamu kami yg tak suka kucing atau tak biasa dgn kucing. So diorg kena la dok dlm rumah kucing ni. atau bila kami rasa diorg perlu dok dlm rumah ni, kami akan hantar la diorg masuk ke sini....
Makanan Kucing2ku...
Hari ni suka sangat sebab semalam dan tahu jenis makanan yang sesuai untuk kucing2ku (yg 12 ekor tu!). Semalam dah buat dan semua kucing2ku sangat suka dengan makanan itu. Senang hati sebab makanan tu lebih economic, mudah disediakan, berkhasiat dan sedap pula! Yeay!!! Harap2 lepas ini kucing2ku akan bertambah2 lg sihat dan aktif.
Semalam semasa kenduri kahwin kat taman, jiran2 dok pakat tanya 'apa benda rumah putih kat rumah kamu tu'. Aku bgtau la 'itu rumah kucing (10 x 8 kaki)utk 12 ekor kucing kami'. Ibu kucing kami pun tgh tunggu hari nak bersalin. Dgn penambahan anak2 nanti, memang perlukan rumah kucing. Diorg pun cakap 'ada dengar2 kata yam + daud pelihara kucing'. Ada sorang Pak Lebai tu kata 'lepas ni boleh la kami hantar anak2 kucing yg baru lahir tu ke rumah korang sebab ada rumah utk kucing'. wah wah diorg ni. Ambik kesempatan betul. Kalau dah semua kucing2 dihantar ke rumah aku, kucing2 aku sendiri nak dok mana? Ambik la inisiatif konsep sebuah rumah (rumah orang y)seekor kucing. Jadi takde la ramai kucing2 terbiar di jalanan. Kesian kat kucing2 tu semua..... Aku bela kucing pun secara kebetulan je. Sebab kucing2 tu dtg rumah kami. Ada yg diambik di kedai2 depan rumah sebab kesian tengok sakit dan tak terurus. Yg kittens tu sebab ada yg terpaksa buang sebab ruang Aprtment yg tidak mengizikan. Sesiapa yg ada rumah besar, ada maid, ada org kat rumah 24 jam, boleh la ambik bela kucing2 ni. Sayang kucing tak luak apa2 pun dlm hidup kita. Hidup kucing untuk negara!
Subscribe to:
Posts (Atom)